Analisa Individu
Sebelum anda mengambil pekerja atau bekerjasama dengan seseorang, dapatkan gambaran lebih jelas tentang kecenderungan tingkah laku mereka.
Astrix menganalisa corak tingkah laku manusia, supaya anda boleh mencari Orang, Lokasi, dan Jenama yang terbaik untuk diri anda dengan ketepatan seperti “Dragonfly Precision”.
Dapatkan petunjuk tingkah laku yang membantu anda membuat keputusan lebih bijak berkaitan individu, jenama, dan lokasi dalam kehidupan anda.
Sebelum anda mengambil pekerja atau bekerjasama dengan seseorang, dapatkan gambaran lebih jelas tentang kecenderungan tingkah laku mereka.
Sebelum anda melabur, berpindah atau membuat komitmen, fahami corak tingkah laku di sebalik syarikat, jenama dan tempat.
Sesetengah corak mendedahkan potensi yang agak "bahaya", jadi anda boleh mengurus perhubungan dan komitmen dengan lebih teliti.
Daripada jenama mewah hingga jenama yang kita guna hari-hari. Fahami corak tingkah laku di sebalik jenama yang anda gunakan setiap hari.
Setiap jenama membawa corak tingkah laku tertentu. Astrix membantu anda melihat corak tersebut dan keserasian dengan diri anda, supaya anda boleh memilih dengan lebih yakin dan meletakkan bajet anda ke arah jenama yang lebih serasi.
Tiga langkah mudah untuk keputusan lebih bijak: Dapatkan petunjuk tingkah laku secara cepat berkaitan individu, jenama, atau lokasi.
Taipkan, nama, jenama, atau lokasi untuk dianalisa
Sistem kami akan buat analisa untuk mendapatkan corak tingkah laku
Fahami kecenderungan dan faktor risiko
Itu sahaja.
Bukan semua persekitaran sesuai dan serasi untuk menyokong anda untuk berjaya. Jadi anda boleh melihat risiko tingkah laku sebelum membuat sebarang komitmen.
Pencari kerjaSemak sebelum anda terima sebarang tawaran
Pengurus sumber manusiaLihat corak calon-calon temuduga lebih awal
Pengurus & PengarahLetakkan pekerja di posisi yang lebih sesuai dan produktif
Kad kredit tidak diperlukan
Analisa individu, jenama, dan lokasi. Serta-merta.
Metodologi Kami
Satu metodologi yang berasaskan algoritma komputer direka khas untuk mendapatkan kejelasan corak tingkah laku untuk pertimbangan selanjutnya.
Salah satu perspektif untuk dipertimbangkan: bagi seseorang yang menghargai masa dan ketepatan. Ia hanya membantu dan tidak menggantikan fikiran dan gerak hati anda.
Astrix menilai kecenderungan tingkah laku. Ia tidak meramal masa depan, direka untuk melengkapi pertimbangan dan usaha murni anda.
Daripada keputusan untuk pengambilan dan menguruskan kakitangan hingga melibatkan pelaburan, Astrix membantu profesional untuk membuat keputusan yang lebih strategik dan padu.
Pengurus sumber manusia menggunakan Astrix untuk melihat kecenderungan tingkah laku calon sebelum membuat tawaran. Kesan potensi risiko lebih awal untuk menempatkan kakitangan secara strategik untuk mereka lebih berjaya. Ini boleh mengurangkan risiko pengambilan dan meningkatkan produktiviti pasukan.
Sebelum menandatangani perjanjian perkongsian atau melibatkan perniagaan, gunakan Astrix untuk analisa corak tingkah laku bakal rakan kongsi. Tambahkan lapisan maklumat ini sebelum anda memuktamadkan keputusan.
Analisa corak tingkah laku di sebalik syarikat dan jenama sebelum melabur, mengambil alih, atau bekerjasama. Lihat corak risiko dengan pilihan jenama dan syarikat yang ada pada anda.
Dapatkan petunjuk corak risiko tingkah laku yang berkaitan dengan lokasi sebelum anda membuat keputusan untuk berpindah, membuka pejabat baru, atau mengembangkan operasi. Keserasian lokasi sangat penting.
13 Senario. Tiada jawapan betul atau salah. MindPrint analisa gaya keputusan semula jadi anda merentasi 5 jenis tingkah laku.
3–5 minit· Percuma · Keputusan pantas
Maklumat tambahan sekiranya anda ingin tahu tentang Astrix dan analisa risiko tingkah laku.
Inilah peluang anda untuk memperbaiki kedudukan dan keupayaan diri anda dengan menggunakan petunjuk risiko tingkah laku Astrix.
Mula Sekarang10 kredit percuma · Tanpa kad kredit · Keputusan serta-merta
Beta Jadilah antara yang terawal mengambil langkah memperbaiki diri untuk lebih berjaya.